//BestieForever
Ahlan Wasahlan - Assalamualaikum



Hai !! ini Blog Kami Punyaa . Kami Tuh Sapee ? Tengok lah kat about yeaaa .
Do follow and be nice here.
Do not use HARSH WORD HERE!
Thankyouu <3

JUST OPEN IT!



Story About Links Goodies


Chat Here





Just Read here!






MASTER vs SIFU


Basecode By Letthalicious
Skin by Alya Najwa
Background We heart it
Best view in Google Chrome
Images By We ❤ It
Sahabat atau kawan??
Saturday 23 February 2013 | 00:45 | 0 My Friend

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca yang membaca blog ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana telah memberi kesempatan kepada saya untuk “post” hasil coretan saya untuk dibaca oleh mereka yang membaca blog ini. Hasil coretan saya hari ini mengenai sahabat atau kawan.Memang tepat sekali dengan tema bagi blog ini ialah Sahabat selamanya”. Menurut buku “Nak Ke Tak Nak” hasil karya DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj, sahabat dan kawan berbeza. Kawan ini orang yang berlari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala kita amat memerlukan dia.Sahabat pula bererti seseorang yang akan sedia bersama kita dalam semua keadaan; susah ke, senang ke,sahabat tetap akan setia. Itulah yang dipanggil sahabat.Nak kongsi cerita. Mungkin umur pun masih muda. Tak banyak lagi telan garam seperti orang-orang yang lebih tua daripada kita. Namun, dalam masa yang singkat, dapat mengenali rakan-rakan dan personaliti masing-masing. Semangat persahabatan yang utuh yang menyebabkan persahabatan seseorang untuk semakin erat. Selain itu, sifat saling percaya- mempercayai antara satu sama lain pun amat penting. Kalau tiada sikap itu, memang sukar untuk menjamin persahabatan itu kekal. Ingat lagi ketika arwah ayah anas baru meninggal dunia, semua rakan-rakan anas tidak kira lelaki dan perempuan sanggup datang untuk menziarahi ahli keluarganya dan memberi ucapan takziah kepada keluarga anas. Ini menunjukkan semangat persahabatan yang  utuh. Menemani teman ketika susah dan senang. Saya sangat terharu.Kepada anas kalau baca blog, saya minta maaf kerana mengaitkan cerita yang sedih pasal awak. Saya harap persahabatan ini dapat dikekalkan. Namun, dalam sahabat , ada juga kawan. Kadang-kala kawan itulha lawan seperti ada udang disebalik batu. Dia cuma baik pada kita ketika senang. Tapi apabila susah, dia lari daripada kita sebab bagi dia menyusahkan dirinya sahaja apabila bantu seseorang itu. Musuh yang pura-pura menjadi sahabat kepada kita diumpanakan kawan palsu tidak ubah bayang-bayang yang sentiasa mengekori anda selagi anda berada di bawah cahaya matahari, tapi entah ke mana menghilangya tatkala anda dalam suasana yang gelap.So, nasihat pilih sahabat yang betul ini amat penting untuk mecerminkan diri kita. Tamat sahaja coretan saya. Andai kata ada tersilap kata, saya minta maaf . Coretan ini ditulis semata-mata. Tidak ada mengenai dengan sesiapa. Untuk dijadikan nasihat kepada semua. Untuk menerimanya, terpulang pada diri sendiri. Diri sendiri yang menilai sesuatu itu. Saya nak memetik kata-kata Datuk Lawrence: “My love commitment to myself, my family and my fellowmen becomes a total commitment that gives me the courage and strength to face the chalenges of life”.
Sekian, terima kasih.
hasil coretan:



Older Post